Sekolah Swasta Rendah St Joseph raikan Hari Josephian dengan pemberkatan sekolah

Sekolah Swasta Rendah St Joseph raikan Hari Josephian dengan pemberkatan sekolah
Uskup Agung Simon Poh memberkati sekolah rendah yang telah diserahkan balik kepada Keuskupan Agung pada Disember 2020. (Foto: SJS)

KUCHING — Sekolah Swasta Rendah St Joseph diberkati secara rasmi oleh Uskup Agung Simon Poh pada 26 Mac 2021. 

Pemberkatan itu diadakan sempena sambutan Hari Josephian. 

SK St Joseph secara rasmi diserah balik kepada Keuskupan Agung pada 22 Disember 2020 dan sekarang sekolah rendah itu memiliki kampus sekolah tersendiri.

TEMPAT SUCI: Chapel San Damiano yang baharu di mana upacara pemberkatan berlangsung.

Uskup Agung Kuching Simon Poh memimpin upacara pemberkatan pada jam 8.30 pagi di Chapel San Damiano yang baharu. 

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Keluarga Sekolah-Sekolah, Christopher Chua, pengetua sekolah menengah, Fr Francis Lim, dan guru besar sekolah rendah, Shirley Chong. 

NAUNGI KAMI: Uskup Agung memberkati patung santo penaung sekolah, St Joseph.

Dua biarawati Fransiskan, Sr Irmina dan Sr Norma, Penolong Kanan, Christina Yong, dan perunding latihan, Thomas Huo turut hadir. Ini disusuli pemberkatan patung St Joseph yang terletak di pintu masuk bangunan. 

Uskup Agung kemudian memberkati dua bilik kakitangan, St Anthony dan St Clare, perpustakaan, 24 bilik kelas, dan bahagian bangunan lain. 

Jawatankuasa pengurusan sekolah menyampaikan kesyukuran mereka kepada Uskup Simon kerana memberkati sekolah, dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan acara itu. 

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: St Joseph’s Private Primary celebrates Josephian Day with blessing of school